Khamis, 21 April 2011

Nervous bila Presentation

Rupanya bukan senang nak cakap di hadapan orang ramai dan menunjukkan keyakinan yang mantap. Apabila disuruh membuat pembentangan di hadapan kawan-kawan sekelas, perasaan gementar tu tetap ada walaupon pembentangan tu dilakukan di hadapan rakan-rakan sekelas.

Apabila beberapa soalan di tanya kepada beberapa individu yang mahir dan tidak berasa gementar sewaktu membuat pembentangan, jawapan mereka adalah " Kalau dah buat banyak kali, x nervous la " dan " Buat rileks dan buat tak tahu je, Cakap je ape yang ade " .

Jawapan mereka cukup mudah dan ringkas tapi bagi yang tak biasa tetap akan mengalami perasaan gemuruh apabila kene buat pembentangan. Aku sentiasa nervous setiap kali ade pembentangan tak kire pembentangan tu mengenai selamba atau serius.

Kalau boleh aku nak hadapi masalah ni dengan bijak dan jika x mampu nak hilangkan kesemua perasaan gementar tu, dapat kurangkan pon dah kira ok. Aku pernah cube satu teknik iaitu memegang / menggenggam sesuatu sewaktu melakukan pembentangan dan teknik ni agak berkesan juga kerana perasaan gementar aku berkurangan akibat otak tengah fikir benda yang di genggam di tangan tu.

Tapi teknik ni membuatkan aku x berape nak bebas kerana sebelah tangan terpaksa menggenggam dan kalau la masa tengah present tu tibe2 tangan yang menggenggam tu terangkat, nampak macam aku tengah angkat penumbuk pula nak bagi kat orang. huhuhu.

Jadi kalau ade sesiapa yang tahu macam mane nak kurangkan perasaan gemuruh sewaktu membuat pembentangan, boleh la kongsi2 tips sket. :)

p/s : Kadang2 aku shaking. hahahahaha
Comments
4 Comments

4 ulasan:

ezzyra berkata...

klau aku..aku akan fokus pada 1 tempat je...knon2 pndang audience tp hakikatnya aku pndang kerusi last yg xde org..hahax pon dinding...konon2 cm pndang audience...1 more thing...aku xkan pkai speck time present...hahah...

Republic Aku berkata...

buat muka selamba jer....macam berdepan dgn dinding...kool...

Freaky berkata...

azi : haha ok jugop tu. tapi susah la nak jaga mata supaya x tgk orang

republic : huhu yang tu pon susah bro

ezzyra berkata...

haha...jgn la tgk org...tgk dinding..hehe

 
Related Posts with Thumbnails