Khamis, 21 April 2011

Mungkin tu Anjing

Dah pukul 4.30 pagi masih lagi tak tido. Tadi duk buat esaimen Analog yang bentuk soalan macam final exam. Lepas habis buat kerja, duk bersembang dulu dengan rakan-rakan sekelas mengenai banyak topik antaranya pasal blog, wireless transmission, astro dan internet, dan macam2 lagi.

Oh ya tadi aku buat kerja kat rumah kawan aku. Jadi masa nak balik ke rumah tadi, aku lalu la ikut kawasan jalan yang gelap kat Kolej Kediaman UniMAP ni. Jalan dah la agak gelap lepas tu sunyi pula sebab dah pukul 4 pagi, sape lagi nak lalu masa ni kan ?

Aku pon jenis gatal kaki sangat nak lalu jalan tu tapi dengan menunggang moto la. Kalau jalan kaki memang jangan harap la aku berani lalu kat jalan yang gelap tu. Ok balik pada cerita asal yang aku nak cerita, masa aku lalu jalan tadi dengan moto dan aku bawak dengan perlahan je.

Sampai di satu selekoh, aku terpandang la kat sebelah kanan sebab ade bunyi yang menarik perhatian aku. Masa tu memang gelap la, hanya lampu motor je yang ade dan aku pon pandang la kat sebelah kanan aku tu.

Bile aku tengok tu, macam seram pon ade jugak tapi aku x nampak dengan jelas ape yang aku lihat. Ape yang aku nampak samar-samar dalam gelap tu macam ade 1 badan hitam yang seolah-olah sedang gali tanah tapi aku x tau la die gali atau buat ape sebab aku pandang sekejap je dan terus takot.

Aku pon terus habis pulas minyak motor sampai bising bunyi dan berlalu dari situ dengan cepat. Sampai di rumah aku cube fikir yang benda tadi tu adalah anjing hitam yang sedang mencari makanan. ( Saje nak sedapkan hati ).

Sampai di rumah aku x citer kat sape2 dan terus ngadap laptop... Mahu blogwalking jap... tata :)

p/s : harap2 yang aku nampak tu adalah anjing je... huhuhu
Comments
2 Comments

2 ulasan:

ezzyra berkata...

jlan kt mna?ko p umah sape?anjing la kot...blkang umah aku belambak2 anjing...mcm2 kaler...

Freaky berkata...

kat kkd yang belakang tu.. aku rasa anjing jugop

 
Related Posts with Thumbnails