Jumaat, 29 April 2011

Kenape Compare ?

Hari ini pergi ke laman web Berita Harian dapat tengok pasal politik dan sumpah laknat serta bla bla bla.. Kalau pergi ke laman Harian Metro pula, mesti banyak pasal gejala sosial macam seks kat situ , seks kat sini, remaja itu dan remaja ini.

Nak bace paper online pon dah takde mood dan aku pon terus je blogwalking. Bace blog lagi best daripada bace paper tau. Aku sebagai seorang blogger yang baru dan masih terkapai-kapai dalam dunia blog ini sering melawat ke blog2 yang masih baru seperti blog aku juga.

Apabila sudah banyak kali melawat, aku baru perasan bahawa kebanyakan ( bukan selalu ) yang ditulis dalam entri adalah mereka sering membandingkan diri mereka dengan otai2 blogger dan ayat yang sering di jumpai adalah :

" Blog aku tidak la se-femes macam die tu "

" Bile la blog aku nak dapat ramai follower macam die "

Persoalan yang berada dalam otak aku, kenape perlu membandingkan diri sendiri dengan otai2 blogger ? Ape tujuan asal kau membuat blog ? adakah untuk bersaing dengan otai2 blogger atau untuk jadikan sebagai diari , tempat luah pendapat, pandangan dan perasaan ?

Aku pon x tahu nak cakap macam mana tapi lebih baik jangan compare diri dengan mereka yang otai. Bimbang nanti kalau hajat tu tak tercapai, maka kau berputus asa dalam dunia blog. Yang penting ingat la apa tujuan asal kau buat blog dan teruskan menggenggam tujuan itu.

p/s : Nasib baik aku x pernah compare diri aku dengan mane2 otai.. Kang x pasal2 jadi down :P
Comments
6 Comments

6 ulasan:

kiz berkata...

itulah yang sebaiknya..

Syuxer berkata...

memang betul kata ko bro..kalau compare ngan otai,sampai bila2 x akan kemana..bina dari bawah..lama2 orang akan kenal kan..heheh..

ezzyra berkata...

x usah la nk cmpare2...lebih baik majukan...x perlu cmpare2...klo nk jdikan inspirasi xpe la...

JR Online berkata...

Tiap orang ada keistimewaannya. Tak payah banding2, semua manusia adalah khalifah Allah yang terbaik. Manusia terbaik ialah yang paling banyak amalnya...

Nohtakh ujan berkata...

ramai yang x sabo nak melompat naik atas...maintain dan jgn terlalu gelojoh dlm posting ni.ramai dah blog yg tiba tiba mati akal.lepas tu siap hantar mesej kat shoutbox aku dah tak aktif...hehee.

Freaky berkata...

kiz : btol tu kiz :)

syuxer : setuju !.. mula dari bawah

azi : baik azi . aku x penah compare

jr : waa ayat jr lagi memberi semangat.

noh : kalau x sabar jadi kes macam tu la

 
Related Posts with Thumbnails