Jumaat, 1 April 2011

Kemaruk Roti Bakar + Sukarelawan UniMAP

Salam a'laik. Beberapa hari ni banjir di Perlis masih lagi dalam tahap yang agak teruk walaupon paras air telah menurun sedikit dan dalam beberapa hari ni ni jugak Freaky mengidam nak makan roti bakar. Tak tahu ape sebab mengidam nak makan roti bakar secara tibe2.

Jadi pada petang tadi pergi ke Pasaraya Cmart Arau untuk beli toaster. Cari toaster yang murah je iaitu RM 49.
Jenama HYUNDAI. bukan ke ni jenama Kereta kat korea ???

Ok tadi punye la excited sangat nak makan roti bakar. bile dah on suis dan panaskan sedikit toaster, letak majerin Planta untuk kasi minyak sket supaya roti x melekat bile dah bakar nanti. Pastu bile nak sapu roti dengan Kaya dan Planta, baru Freaky ingat yang Freaky masih x beli roti ...aaahhh x beli roti lagi rupanyaaaaa !!!! :|

Dengan rasa sangat bodoh dan bengap kat diri sendiri, Freaky menuju ke koperasi untuk beli roti dan pulang cepat2 ke rumah untuk bakar roti. Setelah 6 minit, inilah hasilnya....
Taraaa roti yang dah siap di bakar. selamat menjamu selera :D

Tadi mak call dan tanya khabar tentang situasi kat Perlis. Nasib baik Kuala Perlis tak kene banjir macam di sesetengah tempat di Kangar dan Bintong. Menurut Berita Harian, UniMAP disaran tubuh pasukan sukarelawan seperti laporan di bawah.

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mahu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempertimbangkan penubuhan pasukan sukarelawan pelajar seperti `Student Voluntarily Army' (SVA) yang diwujudkan mahasiswa di Christchurch, New Zealand ketika bandar itu dilanda gempa bumi besar baru-baru ini.

Baginda yang juga Canselor UniMAP, bertitah penubuhan SVA di kalangan penuntut universiti itu wajar terutama untuk membantu rakyat negeri ini ketika dilanda bencana termasuk banjir besar, yang sehingga kini sudah tiga kali melanda sejak UniMAP diwujudkan di Perlis pada 2001.

"Saya tertarik komitmen pelajar universiti di Christchurch untuk membantu rakyat yang terjejas secara sukarela. Justeru, saya yakin ini boleh dipertimbangkan untuk diwujudkan di negara ini, terutama di Perlis," titahnya.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika meninjau projek gotong-royong membersih sekolah di Sekolah Menengah Tengku Budriah, di sini, yang menjadi sebahagian daripada khidmat bakti sosial UniMAP untuk membantu mangsa banjir.

Baginda yang ditemani Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, meluangkan masa hampir lima jam meninjau kawasan banjir sekitar negeri itu.

Comments
12 Comments

12 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Oh akak pun tgh nk cari..tp bukan yg jenis berlipat dua mcm ni, yg satu jenis lg tu..

Klu guna yg ni Akak suka bubuh dlm roti tu dgn susu pekat manis.. org lain maybe tak suka.

Freaky berkata...

yang jenis lipat lagi best kak. rasa die cukup crunch :D

Aqillah Majid =) berkata...

toaster tu same dgn kat rumah sy.. tp bukan brand yg same laa :D

Sca Ndx berkata...

kenapa macam sedap je. grrr

nelly berkata...

nak buat sarapan ni lah ~
=p

JR Shoppe berkata...

Yg tak tahan dgn roti bakar ialah aromanya...boleh keluar air liur apa lagi ketika belum brekfes cam nie...

Ct Aja berkata...

skali skala best gak mkn roti bakar

Freaky berkata...

aqillah : sedap makan roti bakar kan ?

sca : memang sedap bro

nelly : dah makan da :)

jr : dah brekfes roti bakar ke jr ?

ct aja : bukan sekali sekala tapi selalu

Freaky berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
anamizu berkata...

lapar pulak nengok sandwich T__T

zalizalu berkata...

freaky, nanti aku g unimap, nak rasa gok.. haha

Freaky berkata...

anamizu : hehe makan la

zali : woi jauh nak mai sini

 
Related Posts with Thumbnails