Sabtu, 23 April 2011

Kali Pertama Berlaku.

Ha ah seperti tajuk di atas, ini kali pertama berlaku dalam hidup aku. Lepas je aku habis present dan hantar laporan projek petang semalam, segala keserabutan dan tension di kepala otak aku berlalu pergi dan aku rasa begitu senang hati.

Tapi kesenangan dan lapang yang aku rasa hanya sekejap je kerana kurang daripada 1 jam lepas daripada aku keluar daripada makmal, aku rasa badan aku sangat sakit di otot dan tibe2 rasa penat yang amat sampai membuatkan aku jadi tidak bermaya.

Masa minum kat kedai lepas pulang daripada makmal, ape yang aku rasa sangat mengantuk dan sakit badan dan ia berlaku kurang daripada 1 jam. Biasanya kalau nak datang sakit macam ni, die datang secara beransur-ansur dan takde datang secara mengejut macam ni.

Aku sampai di rumah dalam pukul 6 petang dan terus landing sekejap sambil fikir nak bangun pukul 8 untuk mandi, solat dan study. Bile aku sedar dan terjaga je daripada tido, aku bangun tengok jam kat laptop dan jam menunjukkan pukul 2.45 minit PAGI !!! Pukul 2.45 pagi baru aku bangun dan terus capai towel untuk mandi manda segarkan diri dan Qada ape yang tertinggal.

Lepas semua dah selesai, aku tengok kat henset pula dan ade 5 sms daripada my Love Ernie, 7 misscall dan 2 misscall daripada emak, dan 1 sms sesat yang entah datang daripada siapa. Mesej sume aku da padam dan sekarang aku berasa sangat lapar. Nak pergi makan, da pukul 3.48 Pagi tapi ade je kedai yang buka lagi kat kuala perlis ni.

Kalau aku rasa nak g makan jap lagi, mungkin aku pergi juga kot. Kat bawah pulak gambar yang diambil oleh kawan aku. Orang tengah sibuk siapkan kemasan projek kali terakhir, die amik gambar pula.. kan da kene jelir tu.


Comments
4 Comments

4 ulasan:

rafiq berkata...

kalau tertiur takpe nak qaa solat. bukan ko sukasukahati nak qada. dimaafkan. eh tapi plan nk bangun kul 8. magrib kul bape?

JR Online berkata...

Kenapa sampai terjelir tu, lapar ke?

Sca Ndx berkata...

teruk sgt belaja ni. heh

Sca Ndx berkata...

teruk sgt belaja ni. heh

 
Related Posts with Thumbnails