Rabu, 6 April 2011

Cita-cita :)

Cita-cita Freaky adalah ingin menjadi seorang jurutera dalam bidang komputer. Cita-cita ini x dipengaruhi oleh desakan ahli keluarga, kawan-kawan mahupun saudara mara kerana Freaky tak suke menentukan hala tuju hidup atas desakan sesiapa. Kalau nak diikutkan kehendak mak dan ayah, sudah tentu mereka nak anak mereka menjadi seorang doktor.

Tapi doktor ni.... entah la, walaupon sejak daripada tadika lagi tahu mengenai cita-cita dan kelebihan sebagai seorang doktor, Freaky sedikit pon tidak muncul minat untuk menjadi doktor dan terpaksa melawan kehendak mak dan ayah.

Bile cakap pasal lawan kehendak mak dan ayah ni, x bermaksud Freaky seorang anak yang derhaka. Dulu masa lepas PMR, mak dan ayah ade bagi saranan supaya ambil aliran sains tulen supaya belajar subjek biologi kerana cerah peluang untuk ambil bidang perubatan nanti. Tapi masa isi borang, Freaky tidak berminat untuk ambil aliran sains tulen malah Freaky apply untuk sains Teknikal dimana tiada subjek Biologi dan digantikan dengan subjek Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan.

hahaha gile jahat, mak dan ayah suruh apply benda lain, benda lain pulak yang Freaky apply. Muncul minat untuk menjadi seorang jurutera bidang komputer semasa di sekolah menengah dan lepas habis spm memang apply untuk diploma of Computer Engineering di UniMAP. Tawaran masuk ke UniMAP,Perlis diluluskan tapi tak tahu la kenape Freaky gile pergi masuk matrik.

Lepas habis matrik, Freaky apply kos baru di UniMAP iaitu Computer Network Engineering sebab Network ni cool and computer today is nothing without Network. Sekarang Freaky sedang berusaha mengejar cita-cita sebagai jurutera rangkaian komputer dan masih ada lagi 2 tahun untuk tamatkan pengajian. Wish me luck k ? :)

p/s : Sebenarnya hanya nak citer pasal hala tuju hidup perlu ditentukan sendiri dan bukan dipengaruhi atau didesak oleh mana-mana pihak tapi dah merapu sampai duk cerita pasal pengalaman diri sendiri plak. hahaha :P
Comments
8 Comments

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Jadi doktor kat M'sia ni, kena ada persefahaman dr pasangan (bila dah kawin..sbb tu Doktor kena kawin Doktor) sbb memula keja kan byk masa abis kat tempat kerja je, on call, jadual kerja yg tak menentu --> M'sia kekurangan doktor kot? Akak rasa mcm penat je jd doktor ni.. mcm tak cukup tido. Baru nak lelap.. alih2 ada call...hee klu Akak, Akak tak sanggup.

alyrds berkata...

Selamat berjaya! ... nnt jadi Doktor gak tu, Doktor Rangkaian Kejuruteraan Komputer... hehe,

anamizu berkata...

wahhhh moge2 berjaye capai cita2 freaky tu..aminnnn ^^

Republic Aku berkata...

tak kisah nak jadi apa pun yang penting kita suka dan enjoy dengan apa yang kita nak buat.itu paling penting!

Ct Aja berkata...

baik amek benda yg kite minat, baru hati ikhlas nak blaja, klu terpaksa nti kang tb2 xlulus plak kan...hehehe

Freaky berkata...

miss : sebab tu tak ramai yang jadi doktor di malaysia kak :)

alyrds : insyaAllah :)

anamizu : aminn :)

republic : betol tu bro. njoy tu penting

ct aja : kalo fail, mati la jawabnye.

ezzyra berkata...

gud luck freaky...wp aku x penah pon ade cite2 nk jd engineer...hehe...tp skrg ni kna tumpu kt bidang ni la..hehe

Freaky berkata...

haa bagus la azi. gd luck utk mu jugop

 
Related Posts with Thumbnails