Isnin, 18 April 2011

Aku Kurang Bersenam


Hari ni aku bangun awal sikit berbanding hari-hari yang sebelum ni kerana pukul 10 pagi jap lagi ade lab micro processor dan juga ada test lab. Sebelum pergi ke makmal, sempat lagi blogwalking jap dan buat satu entry. Sepatutnya pagi ni aku pergi main badminton dengan beberapa orang lagi kawan-kawan aku tapi lupa pula yang hari ini ade lab.

Cakap pasal badminton, aku rasa dah agak lama aku x keluar bersenam menyihatkan tubuh badan. Rutin harian aku merupakan yang tidak sihat kerana makan sangat banyak dan hidup depan komputer je. Kadang-kadang tu ada la juga pergi riadah dengan berjalan-jalan ambil angin di sekitar negeri Perlis ni.

Tapi sekarang ni aku dah jaga pemakanan dan takde makan banyak sangat. Badan aku pon dah susut sikit akibat kurang makan dan terlalu serabut memikirkan banyak perkara di UniMAP ni. Takpe lepas habis semua exam, aku nak rileks lama sikit sepanjang cuti 4 bulan dan perancangan untuk isi masa selama 4 bulan tu pon masih takde.

Kalau duk rumah, mesti mak aku suruh lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh pada setiap petang. Mak aku ni atlit dulu, jadi bile die tengok aku ni jenis malas bersenam mula la suruh aku pergi jog sana sini. Nak taknak terpaksa la aku keluar waktu petang untuk melakukan aktiviti. Kalau aku malas nak jog, aku sekadar jalan2 di tepi pantai kat rumah aku.

Aku nak bersiap dulu sebelum pergi lab jap lagi. Balik nanti kene study pula sebab study week dah masuk sekarang ni. Kalau dah bosan dan tensen dengan study, aku blogwalking pula untuk rehat minda jap lepas tu sambung study balik..

p/s : Badan makin lemah akibat kurang bersenam. x leh jadi ni :|
Comments
1 Comments

1 ulasan:

cinda berkata...

salam..hehe geng satu group..lambat dtg mengegar...meh folow me back..tq

 
Related Posts with Thumbnails