Sabtu, 30 April 2011

Aku Kene Study


Malam ni aku kene study dan aku kene paksa diri aku untuk study. Paper Analog Circuit 2 pada Dua Mei bersamaan pada hari isnin ini. Aku masih lagi ada 3 paper dan akan habis peperiksaan pada 7 Mei ni.

Lepas habis 7 Mei pon aku akan jadi penin juga kerana kene fikir nak buat ape cuti selama 4 bulan yang bermula pada bulan 5 hingga bulan 9 nanti. Kalau nak diikutkan perasaan aku yang malas ni, aku hanya nak duduk rumah goyang kaki je sambil online dan update blog.

Tapi kadang-kadang bila fikir rasa tak seronok pula. Bimbang akan mengalami kebosanan yang melampau. Jadi otak aku bagi cadangan supaya bekerja di kedai Mak cik aku sebagai penjual topup dan aksesori telefon.

Kerja macam tu takde la serabut sangat dan aku boleh isi masa dengan menjaga kedai dan pada masa yang sama aku juga boleh online. Rasa dah tak sabar pula nak cuti 4 bulan ni dan aku sangat rindu pada masakan mak aku dan segala makanan yang ade di daerah Besut kesayangan aku tu.


Simpan dulu rasa lapar dan nafsu tu, yang penting sekarang ni adalah study... tata :)

Semalam aku pergi makan pizza bersama Ernie Musliana :)
Comments
4 Comments

4 ulasan:

cik azeya berkata...

jual la topup, t datang kedai boleh dapat topup free. yeay :P

Ibn Abdullah berkata...

daus, makin berisi hang skang ni ye?

lamanya kita x jumpa!

Far8 budak baik berkata...

belaja2!!mkn je buku tu haha

Freaky berkata...

cik : amboi nak topup free je tau.. huhu

ata : makin berisi ke ? hehehe

far8 : makan buku x bertambah ilmu gak..

 
Related Posts with Thumbnails