Sabtu, 30 April 2011

Aku Bangga !!


Apa yang aku nak cakap kali ni merujuk kepada kejuruteraan sistem operasi komputer tapi aku hanya la nak cakap sesuatu yang umum dan mudah difahami oleh semua orang.

Sejak beberapa tahun ni rakyat Malaysia telah berjaya mengeluarkan sistem operasi komputer yang tersendiri ( Linux ) walaupon rekaan dan kod yang asal diambil daripada pihak lain dan ianya adalah sah kerana dunia sumber terbuka ( open source ) membenarkan penyalinan dan pengubahsuaian kod yang asal.


Adesss aku macam cakap benda yang rumit pula. Ok sebenarnya ape yang aku nak cakap adalah, ape yang kita cipta dan reka itu perlu mempunyai identiti yang menunjukkan produk itu adalah daripada idea dan usaha kita sendiri.


Jangan kita tiru 100% produk orang lain kerana nanti identiti produk buatan kita itu akan hilang dan bimbang tidak akan mendapat sambutan daripada pengguna. Ia akan menjadi lebih bagus jika dapat menambah sesuatu yang baru dalam produk kita yang tidak terdapat di produk lain.


Walaubagaimanapun aku berasa bangga kerana rakyat Malaysia semakin maju dalam bidang komputer dan teknologi. Sekarang kita bukan saja pandai menggunakan komputer malah kita sangat hebat menghasilkan komputer dan perisian yang dapat memberi kesenangan kepada semua.
Comments
3 Comments

3 ulasan:

MiZi berkata...

hek3... nanti aku ejas windows plak ek.. aku buat nama Mindows.. hek3

Aku Kini : Sendirian

kiz berkata...

sesuatu yang terbaik itu datangnya dari idea pemikir yang baik..

Freaky berkata...

mizi : jadi mindows pulak da..

kiz : betol tu kiz. idea ori

 
Related Posts with Thumbnails