Rabu, 30 Mac 2011

Surat Banjir untuk Emak

Dear Emak,

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Apa khabar bonda sekeluarga di sana ? Anakanda di perantauan sihat sejahtera dan bertambah bulat. Tujuan anakanda menaip di blog ni adalah untuk memberitahu bonda bahawa anakanda tidak dapat pulang ke tanah air Besut, Terengganu kerana tempat anakanda belajar iaitu UniMAP, Perlis telah mengalami banjir yang dahsyat seperti situasi yang berlaku pada hujung tahun lepas.

Hal ini berlaku kerana sejak beberapa hari yang lepas, negeri tempat anakanda merantau ini mengalami hujan yang sangat lebat tanpa henti. Oleh itu, air telah mula naik di kawasan tempat anakanda belajar dan ada beberapa jalan yang ditutup akibat dinaiki air serta menyebabkan anakanda tidak dapat pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama bonda.

Walaubagaimanapun, bonda usahlah risau akan keadaan anakanda di sini kerana anakanda masih lagi dalam keadaan yang baik dan kolej kediaman anakanda tidak dinaiki air seperti di beberapa kawasan yang lain di Perlis.

Sebelum anakanda berhenti menaip di blog ini, anakanda ingin memberitahu bonda yang anakanda masih lagi tidak menyiapkan projek 8085 Digital Stopwatch using LCD Display. Anakanda berharap bonda dapat berdoa agar anakanda dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya. Anakanda juga selalu berdoa agak bonda sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Yang Merindui,

Freaky

p/s : Mak x tahu pon pasal blog ni, apatah lagi nak bace entry ni. hahaha. adesss otak dah x waras..
Comments
10 Comments

10 ulasan:

kiz berkata...

sekurang kurangnya kalau ada jiran yg baca..dia leh sampaikan..hehe..

Kak Rosaliza berkata...

assalam freaky, dh banjir teruk ke kat perlis tu. kalo lh bonda dpt baca utusan tu, tentu susah hati dia

tipah berkata...

lah. perlis banjir ke ? baru tawu. -_- huu. jg diri oke ?

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Bak sini no tepon Mak Freaky, nanti Akak bagitau dia URL blog.. boleh dia tengok sekali gambar calon menantunya yg kat tepi tu :D

p/s : silap2 terus suruh kawin cepat...padan muka hehehe...

kyle berkata...

org besut eh? hehe....kat trgnu hujan 24/7 gak, huhu, kyle lapor dari k.t :P

ezzyra berkata...

eh....tlis surat lak ko eh...hehe...insyaAllah...kg y x tggelam..

.digital kelok berkata...

makin homesick apabila membacanye..huhu

Freaky berkata...

kiz : haha kalau ade jiran yang bace

kak : hee teruk jugak la banjir ni. mak bole tenang punye :)

tipah : ha ah banjir di perlis.

miss : haha takleh bg no mak, bahaya. kalau kawen cepat lagi bagus :P

kyle : ha ah besut. terima kasih kyle :)

azi : surat sbg luahan je. haha

digital : huu jangan x makan langsung plak lepas ni

~Miss Sukasih~ berkata...

xpe klu mak x bace..mane la tahu satu arini nanti your mom bace..kekeke

Freaky berkata...

haha harap2 mak x bace :D

 
Related Posts with Thumbnails