Sabtu, 26 Mac 2011

Kebodohan dalam Belajar

Salam a'laik. Waktu sekarang pukul 5.24 minit pagi dan masih x tido dan mungkin x akan tido. Sebab mengapa tak dapat tido masih tidak dapat dikenal pasti dan kepala dah agak pusing2 sket ni lepas mengadap laptop yang x pernah nak tutup.

Kali ni nak citer sket la ketidakpandaian manusia dalam usaha menuntut ilmu. Kami pelajar tahun 2 semester 2 mengambil subjek Micro Processor yang mane buat masa ini dalam proses menyiapkan projek sebelum masuknya ' Study week ' .

Biasanya bila sebut je pasal projek, mane ade benda mudah dan simple. Semuanya boleh buat kepala jadi pening dan tension memikirkan penyelesaian bagi setiap masalah yang wujud. Waktu lab kami hanya 4 jam seminggu dan perlu siap projek ni kurang daripada 3 minggu dan semua orang tengah rushing dan kelam kabut menyiapkan projek ni.

Projek ni biasanya di buat di makmal kerana peralatan seperti 8085 Circuit Board dan program semua ada di situ dan Pensyarah kami tidak benarkan kami membawa pulang 8085 Circuit Board walaupon atas tujuan untuk menyiapkan projek di kediaman.

Tapi ade la sesetengah manusia ni x faham bahasa ape yang Pensyarah kami cakap, mereka siap boleh bawak balik 8085 Circuit Board ke kolej kediaman masing2 untuk menyiapkan projek ni.

Bagi yang dah minta izin dengan Pensyarah tu tape la tapi bagi yang main bedal je amik bawak balik rumah, yang tu Freaky x tau la nak cakap ape. Kalau amik tanpa izin tu kan dikira mencuri , jadi mereka ni mencuri semata-mata nak siapkan projek. ish2 rupanya siapkan projek lagi penting ye walaupon terpaksa gune benda yang haram. Agak2 projek tu bole siap dengan sempurna ke kalau gune benda curi daripada makmal ?

Freaky malas nak tulis banyak ( memang banyak da pun ), Korang kan pelajar Universiti, bukannya x pandai nak beza benda yang elok dan x elok. Rasa best ke kalau projek siap dan menjadi hasil daripada menggunakan benda yang dicuri ? Pandai2 la pikir ye :)

Bile tak dapat tido, Freaky biasanya menghias laptop dan ubah mane yang patut.

Comments
5 Comments

5 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ha'a kan... kdg I pun tak phm dgn sesetgh org yg bawak "toyol" masa exam. I tak pandai la nk buat2 mcm tu & sdg mengkaji mcm mana diorg bleh buat...:D.. dibuatnya kantoi, terpaksa plak ulang semester.. wat naya je.

Tau kan apa itu "toyol"? Student skrg mcm dah lama je tak guna istilah tu? Ke skrg org dah pggl lain?

zalizalu berkata...

@miss mirror: toyol tu apa? hantu kan? kekekeke

@freaky: bese laa freaky, mana ada manusia baik skang nie.. sape2 ngaku dia baik, maka, dia lah yang terbaik dijadikan contoh yang tak baik.. wahahahaa

nelly berkata...

Bukan bodoh saja ..
bebal sekali ,..=p

Freaky berkata...

miss : haha btol tu kak

zali : yer la piok. huhuhu

nelly : hui ni tambah bebal plak

K2r~90 berkata...

▂ ▃ ▄ ▅ ▆ █
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄__♥♥♥

 
Related Posts with Thumbnails