Jumaat, 11 Februari 2011

Tips Dapatkan Trafik Tinggi

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog invasion plan

Nak TIPS DAPATKAN TRAFIK TINGGI ? Jom ikut tips di bawah

So, hari ni aku nak share sedikit tips untuk mendapat trafik tinggi. Mungkin trafik blog untuk jenis peribadi dan free thinker ini tak begitu tinggi, jika nak dibandingkan dengan blog SEO, kan?

Jadi, ini ada sedikit tips daripada seorang yang newbie macam aku ni. Ehem ehem

Pertama

  • Tajuk Entri
Tajuk setiap entri memainkan peranan yang besar. Kenapa? Ini adalah untuk memberi First Impression yang bagus kepada para pembaca. Terutama mereka yang baru pertama kali datang ke blog kita.

Oh ye, jangan hanya tajuk entri yang gempak, tapi isi hampeh. Contoh, tajuk entri TIPS TARIK FOLLOWER, tapi isinya cuma kosong. Sebaliknya, dia yang tanya para pembaca. Korang ada tips untuk tarik follower tak?

Mungkin orang tak kisah pada mula-mula, tapi lama-lama muak jugak kot. Mesti kena hentam punya, keh3

Kedua

  • Isi Entri
Pastikan isi entri tak lari dengan tajuk. Sebab kadang-kadang bila rancak menulis kita tak sedar kita dah tersalah explain *terasa* unless korang memang plan untuk buat-buat macam terlari dari tajuk.*terasa lagi*

Isi setiap entri tak semestinya terlampau serius, tak perlu nak selitkan terlampau banyak unsur jenaka. Cukup sekadar diri sendiri berpuas hati, dan tanya komen para pembaca mengenai gaya penulisan anda.

Ketiga

  • Blogwalking
Benda ini dah lali dan sinonim dengan blogger, ye dak? HAHA

Tapi truth to be told, this is really essential. Unless you're a great writer like Mr K and Namee Roslan, or you're already getting popularity just like Yuyu Zulaikha and Fatin Liyana.

Melalui blogwalking juga macam-macam korang boleh dapat. Contoh, idea dan belajar gaya penulisan. Serius! Kalau korang follow blog aku ini dari mula-mula, korang akan dapat tahu bahawa gaya penulisan aku dulu sangat.... errrr... nevermind (baca : teruk)
erk! wekk =P
Keempat

  • Rajin Ping
Haaa, ini antara benda yang orang paling malas nak buat. Kan kan?

Kat banyak tempat korang boleh ping entri korang sebenarnya. contoh tempat aku selalu ping blog adalah di group FB, Twitter dan jugak PingBusuk.org

Berikut adalah senarai group blog di FB, korang boleh join bila-bila masa. Klik SINI.

Untuk Twitter, aku gunakan application NetworkedBlogs di FB, untuk automatik ping setiap kali aku update.
gunakan media sosial sebaiknya, kan?
Kelima

  • Apesal, GengCyber, Oh!Belog
Ketiga-tiga website ini juga berperanan untuk memberikan trafik yang baik untuk korang. Korang hanya perlu daftar, tunggu pengesahan dan letakkan widget mereka di blog anda.

Apesal : Klik sini

GengCyber : Klik Sini

Oh!Belog : Klik Sini
Yeay! Dah tamat XD
Aku harap tips-tips yang aku kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu tingkatkan trafik blog korang. At least ada jugak walaupun sedikit kan? *senyum*

Jangan diharapkan hasilnya, apa yang penting, usaha dulu. Kejayaan takkan berhasil tanpa usaha.
Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails