Rabu, 23 Februari 2011

Kerajaan kaji opsyen stabil harga petrol ?

Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen bagi menstabilkan harga minyak untuk mengelakkan kenaikan harga dalam tempoh terdekat supaya tidak membebankan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mencari penyelesaian terbaik.

“Walaupun harga minyak dunia semakin melambung, setakat ini harganya tidak dinaikkan. Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen kerana untuk menjimatkan belanja subsidi bukan setakat menaikkan harga minyak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Harta Intelek di sini, semalam.

Baca lagi di sini

p/s : Baru nak kaji harga ? sebelom ni x bebankan rakyat ke ??? adoiyaii kesian2.
Comments
4 Comments

4 ulasan:

SaYraH WonDerLanD berkata...

ada ke ejaan opsyen tu lam kamus bm? tak penah jumpa pon =)

Freaky berkata...

x tau.. main amik je dalam berita. haha

zalizalu berkata...

pengkaji: hmmm,, harga minyak ni kita boleh naikkan lagi ni.... T_T...

*baik mu daftar ngundi cepat2 freaky.. hahahaha

Freaky berkata...

hahaa piok.. aku nak daftar cepat2 bile da masuk 21 ni.

 
Related Posts with Thumbnails