Selasa, 11 Januari 2011

Tips Tarik FOllower / Reader

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog invasion plan

ini adalah TIPS TARIK FOLLOWER ATAU READER KE BLOG KITA

Aku bukanlah otai mahupun retis yang hebakk, bak kata Yuyu Zulaikha. Aku pon masih baru lagi dalam kancah dunia blogging ni, setahun jagung.

Tapi kalau ada orang tanya, dan aku tahu tentang benda tu, aku akan cuba untuk sampaikan supaya semua orang mendapat manfaat, bukan sekadar orang yang bertanya.

Ilmu untuk dikongsi, bukan diperam seorang diri.

So, entri kali ini adalah untuk menjawab persoalan Sembang Kemas, serta para blogger lain yang berminat.

Let's move on!!
******

#1 : Blogwalking

Korang semua mesti dah lali dengar perkataan ni kan, haha. Asyik-asyik blogwalking, heh. Come on guys, tak salah pon berblogwalking ni. Bagi aku, macam-macam kita boleh dapat melalui blogwalking ni, bukan setakat follower, info dan macam-macam ragam manusia pon boleh kita tengok apabila blogwalking ni.

tapi ingat, blogwalking pon ada caranya yang betul, bukan setakat jenguk di shoutbox cakap, " I follow u, follow me back k?" atau " ziarah sini, follow my blog k. ". Para blogger ni manusia, bukan robot. Nak tackle blogger ni macam nak tackle awek, ada cara nya. hehe

bagaimana? macam ni, guna ayat yang lebih mesra pengguna. contohnya, " keroro jajah sini, nice blog. simple and keep it up.". Maksud ayat keroro ni, jajah = ziarah + follow. tapi kadang-kadang diorang ni tak paham. So, mungkin boleh buat straight to the point, " ziarah sini, nice blog :) btw, follow juge. simple lah blog ni,hee".

apa persamaan dua dialog di atas? both of them guna ayat yang memuji blog tersebut. got it? manusia suka dipuji, rasa dihargai. hehe, betul kan?

#2 : Komen

perkara ini juga penting dalam usaha menarik follower + reader. kenapa? sebab para blogger suka melihat orang komen di blog kita. Perkara ini biasa dibuat sewaktu blogwalking, sebab ini adalah teknik blogwalking yang aku selalu amalkan.

bila korang blogwalking tu, apa salahnya luangkan masa untuk membaca entri diorang, dan sebaiknya, tinggalkan komen pada satu entri. kalau dua lagi bagus, hehe. tiada guna anda blogwalking sekadar follow, pastu tinggal link dekat shoutbox.

aku pon kadang-kadang rasa malas nak balas balik jejak, serius!

aku akan lebih utamakan mereka yang rajin komen kat blog aku, dan mereka akan dibalas komen oleh aku di blog mereka. as easy as ABC, give and take. mudah kan? tak amik masa yang lama pon, dalam 5 minit or less untuk satu entri.

tapi ada jugak jenis yang tak balas jejak orang yang dikomen, buat orang yang mengomen tu terasa hati dan merajuk. anda dah kehilangan seorang reader disitu, paling kurang anda perlu membalas jejak sekali, jikalau anda terlampau sibuk sekalipon, tinggalkan satu entri di blog, nyatakan anda tak sempat nak balas jejak.


#3 : Blog & Entri

yang ini adalah basic blogging, semua orang patut buat ini. Disable adult content, serta buat pop up comment dan disable word verification. Sebab untuk mereka yang nak blogwalking tapi internet connection low, benda ini semua membantutkan hasrat mereka nak blogwalking, follow dan tinggalkan komen.

tak tahu macam mana nak buat? boleh rujuk sini ------> Mesti buat

dan pastikan jugak blog anda tidak lambat untuk loading, dan bagi yang ada music, sila bekalkan music yang boleh di'pause'kan, sebab senang bagi mereka yang tak suka dengar lagu nak pause. lagi satu, pastikan background tak menyilaukan mata, dan tak menyusahkan orang nak membaca serta saiz tulisan yang besar dari biasa.

mengenai entri, tak guna jika anda selalu blogwalking tapi entri anda macam WTH?? tingkatkan kualiti entri anda, sebaiknya biar orang boleh paham apa yang hendak anda sampaikan. Jangan guna short terms yang susah orang nak baca, sebab anda dalam dunia penulisan blog, bukan twitter atau SMS dengan kawan-kawan anda. pembaca anda terdiri daripada mereka yang pelbagai usia, jadi sila jaga kualiti entri anda.

#4 : Facebook Blogger Group

di facebook, terdapat lebih kurang 100 ++ tempat ping entri, iaitu group blogger dan juga fan page.

tapi ingat, anda jangan hanya jadikan group ini sekadar tempat ping entri baru, tapi gunakan sebagai medan untuk berkenalan dan bermesra, ini dapat menarik mereka untuk datang blog anda, komen dan seterusnya, jadi reader setia anda.

nak tahu group dan fanpage yang boleh ping entri, klik sini ------> Ping Entry Here

******

setakat ini sahaja kot apa yang aku tahu, yang aku mampu kongsi dengan korang semua.

sori lah terpanjang sangat entri ni, dan terima kasih kepada yang sudi membaca. anda semua memang cool!!

to my followers + readers, i salute my gratitude over all of you, for supporting me all over this time. thanks!

ciaossu!
Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails