Sabtu, 29 Januari 2011

Micro_P

Salam. Maaf banyak2 sbb beberapa hari x update. Sangat bz dengan kelas dan even pada hari ni pon ade lab dr pukul 8.30 - 10.30 malam. Jadi cuti telah pun bermula dan ramai student da pulang ke rumah masing2 untuk sambut Chinese New Year.

Freaky ni pelik, orang lain sume balek rumah tapi Freaky stay je kat cni. Ramai yang tanye nape x balek dan nnt bosan duk sini sorang2. Emm sebenarnye memang Freaky jenis yang susah balek rumah kalau setakat cuti seminggu je dan perangai camni ade sejak duk di asrama sekolah lagi.

Oh ye tadi lab Micro Processor. Menggunakan Processor 8085 daripada Intel keluaran tahun 1976. Tu diaaa bende tu kuar tahun 1976 tapi jd syallabus untuk pembelajaran sekarang.

Lab tadi hanya nyalakan LED dan jadikan die berkelip2 macam lampu disko ( bak kate lec Freaky ). Proses takde la susah sangat sbb ni masih awal pembelajaran cume kene paham cara untuk program je la.

Haa tu da siap pasang. lampu berkelip tapi dalam gambar x nampak
la berkelip2

video
Tadi ade bende yang aneh terjadi. Bile run program no 2, lampu x nyala
dan x berkelip. Freaky baru nak letak tangan pastu tibe2 LED tu nyala.
Bile Freaky alih tangan, LED tu padam balek. try usha video kat atas..
Sensor , suis trsembunyi sume tak digunakan dalam video ni.
ape yang terjadi hanya kebetulan.

p/s : Kepada yang sudi rating mengenai kepantasan loading blog Freaky ni, Freaky ucap terima kasih banyak2 kerana sudi bagi kerjasama. Selamat bercuti :)
Comments
5 Comments

5 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Duduk sesorang?... Jangan Pandang Belakang...... heeee seram!

JR Shoppe berkata...

JR masa time duduk kat asrama dulu pun cam tu gak..suka duduk sorang2 tak ikut kawan2 bercuti. Masa tu rasa FREEDOM sangat2, hidup tanpa gangguan!!

Freaky berkata...

miss mirror :ampehh saiko plak

jr shoppe: betol tu, ase syok sangat dan cm takde masalah je.

.: lalala :. berkata...

betul, syok sorang2 neh. :)

Freaky berkata...

btol tu

 
Related Posts with Thumbnails