Ahad, 9 Januari 2011

Punca Blog Berat

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog invasion plan

PUNCA BLOG MENJADI BERAT

Aku perasan, time blogwalking, mesti banyak blog yang berat. Maksud aku kat sini ialah, blog mereka lambat loading.

Bila lambat loading, maka aku jadi malas nak blogwalking. Bila malas nak blogwalking, malas nak komen. Bila malas nak komen, aku malas nak follow. Bila aku malas nak follow, aku jadi malas semalasnya.

Entah apa yang aku merepek pon aku tak tahu, haha. Ok, back to the main point.

Banyak punca yang menyebabkan blog berat yakni lambat loading, antaranya ialah ;

1. Terlampau banyak widget yang tak perlu. Widget apa? Korang sendiri yang tahu widget-widget yang tak perlu tu, cukuplah blog anda nampak kemas dan teratur, simple tapi menarik perhatian. Tak perlu nak bling-bling sangat, sebab ada sesetengah orang tak suka.

2. Template blog tu yang memang lembap. Yang ni aku sendiri pernah alami, template aku yang sebelum ni punya lah lembap. Sebab tu kita boleh preview dulu mana-mana template yang kita nak guna, untuk test lembap ke tak.

3. Entri banyak gambar yang kualiti tinggi. Mungkin sebab gambar tu belum dicompress, tu yang buat jadi load lama.

4. Terlalu banyak bloglist. Yang ni aku tak begitu sure sangat, sebab aku punya bloglist pon banyak. Keroro 100 Crew tu ada seratus blog dalam tu, tak terkejar aku nak blogwalking semua. Tapi aku cuba.

Setakat ini yang aku tahu. Tapi setiap masalah ada penyelesaiannya kan? Kalau korang sakit perut, korang makan ubat sakit perut, pastu elok lah kan? *sengih*

Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails