Khamis, 20 Januari 2011

Perempuan lebih Setia

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog INVASION PLAN

Ramai member aku, perempuan yang memang setia dengan pakwe diorang, even diorang duk jauh. Tapi, lelaki yang buat pasal, lelaki yang buat itu, lelaki yang buat ini. Tak semua lelaki ok, abang alien Keroro ni baik orangnya, setia pada yang dua satu. Kan Lisa Surihani Neko-chan?

Apa yang aku nak cakap kat sini, selagi pasangan korang setia dengan korang, jangan curang. Sebab kadang-kadang, ianya tak mudah untuk mendapatkan kesetiaan serta kepercayaan seseorang itu. Sekali kamu curang, susah untuk si dia percayakan kamu.

Kecuali kamu seorang yang bemulut tebu, manis di tepi bibir. Oh yeah, abang alien Keroro baik. Mulut takde tanam tebu, letak pudina sikit jek. Kasi mulut wangi, kang awek lari bila bukak mulut. HAHA

Ada satu quote ni,
Jangan tinggalkan orang yang kamu sayang untuk orang yang kamu suka, kerana orang yang kamu suka akan tinggalkan kamu untuk orang yang dia sayang
Ok, lastly.
Hargai orang yang menyayangi diri kamu seadanya, kerana tak mudah untuk menyayangi seseorang.
Tambah sikit lagi,
Kalau tiada orang sayang kamu, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa ada menyayangi kamu. Bersyukurlah dengan nikmat yang Dia berikan, nescaya kamu di antara orang yang diredhai serta dikasihi.
ciaossu!!
Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails