Jumaat, 14 Januari 2011

Lelaki Dayus 1

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog INVASION PLAN

Aku rasa korang pon dah tahu kan apa maksud lelaki yang dikatakan dayus ini, hehe *sengih*

Mengikut Kamus Dewan Alien dan Koloni, terma ini bermaksud

"lelaki dayus adalah lelaki yang memukul perempuan"

Dah faham sekarang?

Kalau korang semua perasan, sejak dua menjak ini, banyak kes mengenai keganasan rumah tangga dan juga penderaan terhadap wanita, secara fizikal atau seksual di dada akhbar dan di berita-berita utama.

Mengapakah hal ini semua boleh berlaku? Kerana lelaki sudah melupakan amanahnya terhadap wanita.

"wanita diciptakan oleh Allah untuk lelaki sayangi, bukan untuk disakiti"

Lelaki jenis ini juga lebih menggunakan emosi daripada rasional, seolah-olah wanita itu barang yang tidak bernyawa, boleh diperlakukan sesuka hati.

Bini salah sikit, naik penampar. Salah sikit, naik sepak terajang.

Seorang suami, jikalau hendak mendidik isteri bukan melalui keganasan, namun dengan adab sopan serta berhikmah seperti yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W.

Rasulullah bersabda ;

"Didiklah isterimu dengan nasihat dan tunjuk ajar. Jika degil pisahkan tempat tidurnya dan jika degil lagi, pukullah dia (pukulan yang bukan mendera)"

Rasulullah meletakkan memukul isteri di tahap yang ketiga, dimana isteri tersebut terlampau degil. Namun disyaratkan agar pukulan yang tidak mendera, yakni mendatangkan mudarat kepada isteri.

Jikalau dilihat pada situasi zaman sekarang, ada yang sebelum jadi suami isteri pon sudah dipukul dan didera. Aku sendiri mendengar daripada kawan aku, bahkan mak aku sendiri pernah bercerita.

Di muka hadapan akhbar pon ada diketengahkan. Apa sudah jadi dengan lelaki zaman sekarang? Sebelum kahwin sudah begitu, jikalau sudah kahwin macam mana rupanya.

Tak sampai seminggu mungkin sudah patah sana, patah sini. *senyum sinis*

Namun, ada jugak wanita yang boleh tahan dengan laki camni.

"Saya sayang dia, saya cintakan dia. Memang salah saya, saya patut dihukum"

Aku rasa mesti respon korang camni,

"WTH?!"

Jangan terkejut, kerana ada manusia yang buta kerana cinta. Bukan cinta itu buta, manusia yang membutakan mata hati mereka sendiri akibat cinta.

Pesanan untuk para wanita, berhati-hatilah memilih lelaki. Kenal pasti hati budinya dulu, selami hati, selami jiwa, selami lautan dalam. *sengih*

Untuk para lelaki, ini sebagai renungan dan iktibar. Jangan jadikan diri anda seperti lelaki dayus, memalukan kaum sejenis jek. Huh!

Rasulullah sendiri pon pernah bersabda ;

"Suami yang jelek ialah pada siang hari bergaduh dan memukul isterinya tetapi pada malam hari menyetubuhinya."

Adakah anda semua para lelaki ingin menjadi suami yang dayus lagi jelek? Fikir-fikirkan, serta renungkanlah.
Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails