Isnin, 24 Januari 2011

Jangan Eksyen Sangat

salam. hari ni rasa agak menyampah apabila bace komen seseorang kat laman web. beliau ni bajet kaya dan sangat angkuh serta tahu gak sal komputer. Beliau berkata " Aku x men la bende percuma dan open macam linux kalo bab komputer ni. Aku pandang Mac dan Windows. Aku layan yang berbayar je "

http://www.laymark.com/i/o/38.gif

Pergghhh eksyen gile ayat brader ni. Aku selaku pengguna tegar sumber terbuka sangat panas bile bace ayat brader ni. Tapi mujur la ada seorang anonymous yang menghentam balas ayat brader yang angkuh ni sampai brader tu da x leh nak kate ape.

Sebenarnya pada hari ni kite banyak bergantung kepada aplikasi / perisian sumber terbuka / percuma lebih2 lagi dalam bidang teknologi komputer dan internet. Ishh tipu la.. celah mana lak percuma dan sumber terbuka ni ? try bg bukti sket...

http://www.laymark.com/i/o/11.gif

Jom usha bukti bahawa kite banyak menggunakan aplikasi sumber terbuka / percuma.

1. Facebook dan Twitter
haaa kenal x 2 nama kat atas ni ? ishh tipu la kalo x kenal Facebook dan Twitter ni. Kalo anda sume nak tau, laman Facebook dan Twitter ni menggunakan sumber terbuka untuk run aplikasi mereka. Lagi pun untuk menggunakan Facebook dan Twitter, kite x perlu membayar duit kepada 2 syarikat ni kerana " It's free and always will be " :)

2. Mozilla Firefox dan Google Chrome.
Haaa kalo 2 nama ni pon x kenal jugak, meh freaky nak bg info sket pasal 2 web browser yang terkenal dengan mesra pengguna dan sangat pantas. Firefox dibangunkan berasaskan sumber terbuka dan ia juga adalah percuma serta bebas untuk dimuat turun kodnya. Manakala Google Chrome pula menggunakan kod serta enjin JavaScript V8 Google Chrome yang mana menjadikan ia juga satu projek sumber terbuka.

http://www.laymark.com/i/o/07.gif

3. Drupal, Wordpress dan Joomla
Anda mungkin jarang atau x pernah dengar langsung nama2 di atas kerana ia merupakan perisian untuk membangunkan laman web. Berjuta-juta laman web di internet sekarang menggunakan platform yang dibangunkan oleh Drupal dan Joomla manakala untuk blog pula menggunakan Wordpress

4. Google
Biar betooolll Google pon termasuk dalam kategori percuma ??? Yer memang betol Google adalah percuma untuk digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mencari maklumat, dan melakukan kerja mereka. Aplikasi Google yang percuma sangat banyak, antaranya adalah Google Gadget, Blogspot, Chromium operating System, Google Android dan banyak lagi.

Jadi itu la beberapa contoh yang menunjukkan kehebatan aplikasi dan perisian sumber terbuka atau percuma. Kalau lepas ni ada orang berlagak lagi pasal x pakai benda percuma, hentam dan basuh die cukup2 dengan aplikasi internet ni.

http://www.laymark.com/i/o/35.gif

kalau anda semua biasa menggunakan 3 daripada 4 contoh aplikasi sumber terbuka seperti yang Freaky nyatakan di atas, apa salahnya kali ni anda gune pula sistem operasi sumber terbuka linux yang dibangunkan oleh komunitinya yang tersendiri. Asyik gune Windows Xp, Vista dan 7 jadi apa kate cube sesuatu yang baru pula. SOmething new is always fun to explore although for the start it may seems a bit difficult but in the end it is smooth and interesting.

p/s : Entry ni bertujuan memujuk pengguna komputer agar mencuba sistem operasi sumber terbuka seperti Ubuntu, Linux Mint, Debian dan banyak lagi :P
Comments
3 Comments

3 ulasan:

.: lalala :. berkata...

tengs 4 da info. tataw pon sebelum neh :)

Sca Ndx berkata...

linux ubuntu pernah dengar. debian apa tuh?

tapi semua aku belum try lagi.

Freaky berkata...

lalala : welkam

sca : ubuntu tu hasil derive drpd debian la

 
Related Posts with Thumbnails