Rabu, 5 Januari 2011

Hantu pun suruh kau sembahyang tau tak?

Salam, post ni aku amik dari org lain ( sini ) . rasa menarik untuk share :)
===================================================

OK ni cerita lama dan tak adelah seram amna pun so jangan takut ye. Kisah ni terjadi pada tahun 2002 yakni ketika aku dalam Form 1. Masa tu cuti hujung bulan maka aku balik bercuti daripada Sekolah Berasrama Penuh dan pulanglah ke rumah.

Budak sekolah memang lah tak sah kalau x ada kerja rumah. Kerja rumah pendidikan seni pulak tu...bukannya masuk PMR dan SPM haha. Duduk rumah asyik lepak saje sampailah malam terakhir untuk lepak-lepak. Masa tu lah nak tengok TV dengan mak, masa tu lah nak bermanja dengan mak , masa tu lah nak gosok baju, packing, dan buat kerja sekolah. Erk?Kerja sekolah?Baru teringat daa nak buat

Aku pun pecutla naik tingkat atas rumah sambil bawak bahan-bahan guntingan dan tampalan untuk buat folio pasal teknik-teknik garisan. Lama aku buat benda alah tu sampailah pukul 10 malam. Aku punya tekun time tu korang jangan cerita la. Letak KFC sebelah tangan pun mungkin aku tak perasan.



"Kreakkkkkkkk" bunyi pintu terbukak. Oh ye, rumah aku pintunya agak usang sikit masa tu. Tapi tak adala seram mana pun. Biasalah rumah sewa. Pintu terbukak sikit tapi akau malas nak ambik port sebab aku jeling ngan mata aku, aku nampak kain telekung.
"Ah, mak aku kot.."
"Fan, da sembahyang belum?" tanya mak aku
"Kejap lagi lah mak..banyak kerja lagi" aku jawab. Padahal memang dah sifat aku malas sembahyang la time tu.

Bila siap kerja, aku pun turun ke bawah. Sebelum ambil air sembahyang (menyahut seruan mak aku) aku pergi lepak depan TV tanya kat semua feminin yang ada kat situ.
"Siapa yang naik atas suruh sembahyang tadi?"
Sunyi sepi, semua buat muka blur tapi ayu sebab mak aku memang cun.

"Mane ade sape2 naik atas..kitorang seronok layan drama dari tadi nih" kakak aku jawab.

Terus aku terkesima time tu tak tau nak cakap ape dah.

p/s: Moralnya, kalau hantu ataupun jin yang sebaik-baik kejadiannye adelah seburuk-buruk manusia tu reti nak suruh korang sembahyang, korang ni dah dalam tahap mane? Sebenarnya time tu aku tak rasa seram sangat, tapi rasa segan dengan makhluk yang menegur aku tu.
Comments
4 Comments

4 ulasan:

NuSaNa NoSa 91 berkata...

hantu ke malaikat yg tegur tuh? =.=

Freaky berkata...

tak tau la. ni pon amik citer org len

ezzyra berkata...

wow!...laaa...ingtkan penaglaman sndiri td...

SaYraH WonDerLanD berkata...

hahaha.aku ingat pengalaman ko freaky.
aishh dush dush ..terkena..

wahhh..nasib baek dia menjeling je..tp bgus ape dia suruh sembahyang..xde la kita leka..

 
Related Posts with Thumbnails