Isnin, 13 Disember 2010

Luahan kat Laptop

Saya start kenal dengan awak pada tahun 2008.
Masa tu saya baru je habis matrik.
Pertama kali saya nampak awak, saya terus jatuh cinta.
Awaklah cinta pertama saya.

Pada masa tu, awak pakai baju jenama windows Vista.
Tapi sayangnye baju awak tu x ori dan x leh pakai da.
Saya pon hantar awak kat kedai untuk tuka baju lain.
Baju baru awak lepas tu adalah windows XP.

Kemudian saya dapat masuk ke UniMAP, Perlis.
Saya sangat gembira kerana dapat bawak awak jugak.
Saya jaga awak dengan penuh kasih sayang.
Jika awak sakit, saya terus susah hati dan risau.

Pada suatu hari awak jatuh sakit teruk.
Saya langsung tak dapat nak gune awak selama seminggu.
Saya mengadu kat ayah dan ayah membawa awak ke kedai untuk dibaiki.
Saya menyesal kerana saya sendiri tidak dapat membaiki diri awak.

Lepas pada kejadian tu, saya menuntut ilmu membaiki,
Agar saya sendiri yang dapat sihatkan awak bile awak saket.
Segala bentuk susuk badan dan organ awak saya cube fahami.
Saya sanggup tak tido selama seminggu kerana cube memahami awak.

Kini awak menjadi sangat kuat.
Awak mampu bekerja selama sebulan tanpa berehat
Dan detik paling manis adalah ketika kita sama2 brgembira.
Awak merupakan teman saya yang sangat istimewa.

Sekarang awak sudah punya banyak baju.
Saya pakaikan awak baju jenama eksklusif tau.
Sumenye branded mcm Ubuntu, Windows 7, Linux Mint, Fedora dan Debian.
Dengan banyak baju, fungsi awak akan brtambah dengan berganda.

Apabila awak dan saya brgabung, kite tak dapat ditewaskan.
Sudah banyak server kite jatuhkan di Indonesia.
Mereka tu anti-Malaysia dan patut diberi pengajaran.
Awak menunjukkan prestasi yang baik sewaktu kite bergabung.

Awak juga menemukan saya dengan orang yang saya cintai sekarang.
Tanpa awak, die mungkin tidak mencintai saya.
Tanpa awak, saya mungkin tidak kenal die,
Tanpa awak, die mungkin tidak tertarik kat saya.

Saya buat post ni khas untuk awak kerana saya sayang awak.
Awak menemani saya dikala saya tgh tido, study, dan melepak.
Saya berjanji akan menjaga awak selagi saya masih hidup.
Awak merupakan cinta pertama saya wahai acer aspire 4730z .

p/s : Aku dah tak betol :P

Comments
2 Comments

2 ulasan:

SaYraH WonDerLanD berkata...

hahahaha
masok air

Freaky berkata...

hak hak aku cinta laptop aku wess

 
Related Posts with Thumbnails