Sabtu, 27 November 2010

Suke COKLAT

Salam sume pembace blog :) . Bile 1 malam x dapat tido dan sampai la masuk waktu subuh skang ni, kepala da mule pusing dan kemahuan / selera menjadi agak pelik. Dengan tibe2 je aku teringin nak makan Coklat yang sedap Macam Cadbury / Daim / Hershey Kiss. Sume coklat ni membuatkan aku rasa gembire bile mereka berada dalam mulut aku.

Coklat mengandungi anti-oksida iaitu dikenali sebagai flavonoids. Anti-oksida diperlukan oleh badan kita untuk melindungi badan kita daripada penuaan yang cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok yang boleh merosakkan sel kita di samping boleh meningkatkan penyakit barah.

Selain itu coklat mengandungi phenylethylamine yang dapat mententeramkan emosi dan jiwa terutama ketika kita dilanda kemurungan dan kerisauan maka coklat adalah pilihan terbaik untuk melegakan kekusutan.

Karbohidrat yang terkandung di dalam coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.



Selain Coklat, aku juge suke ape2 yang berkaitan dengan coklat seperti Donut coklat. bayangkan donut yang bulat lg comel itu disaluti dengan coklat moist kat bahagian atas. Bile gigit sahaja sudah rasa kelembutan donut dan diselami dengan rasa coklat yang sangat enak lagi berkrim itu



Ok yang paling menggoda selera aku ( Selera makan ye. bukan selera yang lain :P ) adalah Moist Chocolate Cake atau dalam bahasa melayu adalah Kek Coklat Basah ( Betol ke aku tulis ni ? ).
Kek Coklat moist ni bukan calang2 orang bole buat dengan cukup rasa dan cukup moist. Ade yang buat sampai jadi terlalu moist, rasa pahit, x cukup pejal kek tu dan banyak lagi la. Try tengok gamba kat bawah ni, Comel kan kek ni ? hahaha pasni cepat2 cari kat kedai tau :)

Kalo minuman yang coklat plak, aku x berape nak suke. tatau la nape x berape suke sbb aku lagi suke kat milo ais. milo ais memang x leh nak elak, wajib minum paling kurang 1 kali sehari.
Milo ais pun termasuk dalam kategori coklat gak :)



Ok tu je untuk pada pagi ni. jangan lupe untuk makan ape2 yang berkaitan dengan coklat bile bace post ni ye. Salam

p/s : Segala kelaparan yang berlaku setelah membace post ini akan ditanggung sendiri oleh anda :P
Comments
5 Comments

5 ulasan:

ezzyra berkata...

wow...lmanye x mkn cklat...tp pembetulan d ctu..bkan kek cklat bsah la...tp kek cklat lmbab...

Freaky berkata...

ooo kek coklat lembab. hahaha

SaYraH WonDerLanD berkata...

oh aku baru makan cokelat kit kat petang td . aku paw adik aku ketika dalam perjalanan hantar dia ke matrik arau..kah kah kah...

ermm bila ko cite sal cadbury aku teringin plak. Rasanya dah lama aku x mkn coklat cadbury.

nice info dude

Freaky berkata...

wuakaka jangan x makan sarah oi. :D thanx

ezzyra berkata...

ko pnya psal la ni...x pasal2 aku g bli cklat...huhu...sdap2....

 
Related Posts with Thumbnails