Isnin, 1 November 2010

Hujan

Aku sangat suke bile hujan turun
rasa sejuk menyelubungi badan ini
angin yang segar dan dingin berhembusan
Banyak memori terlintas dikala hujan
memori indah dan pahit bermain di fikiran
mengingati insan2 yang pernah aku jumpa
Kesejukan cuaca menghangatkan badanku
memberi semangat untuk menempuh cabaran
memberikan aku ketenangan yang nyata
Sewaktu kecil, bile masa hujan turun
aku segera keluar rumah dengan riangnye
bermain, mandi, ketawa dan kesejukan
Semua itu masih aku ingat
Pernah sekali aku terluka sewaktu hujan
Terluka akibat terpijak duri yang besar
Aku cemas, tapi aku x menangis
dengan perlahan aku cabut duri di kaki
Yang aku rasa hanyalah sakit yang amat
Darah merah pekat mengalir laju
mengalir seiring dengan titisan air hujan
Aku kagum melihat darah yang indah itu
Aku pulang dan memberitahu emak
Emak meletakkan ubat dan membalut kakiku
Aku berehat dengan tenang
Kini sudah 14 tahun berlalu
Hujan sentiasa membawa kenangan itu
Dan aku tersenyum dengan gembira
Di kala hujan turun membasahi bumi.

p/s : aku suke tengok darah keluar dr badan. sangat cantik :) .
Comments
2 Comments

2 ulasan:

B E A R berkata...

suka mandi hujan...
huhuhu bestkan hujan...

eh darah...suke juga...hehehe

Freaky berkata...

huhu :)

 
Related Posts with Thumbnails